♥ atiffchan ♥

Mirror\\
3
Resepi Pizza Paling Senang
Saturday, August 17, 2013 1:31 AM | 2 comments

Pizza ni kami selalu buat bila orang mai. Simple sangat dan tak renyah. Tp nak prepare bahan dan dough roti tu ambil masa jugak la. Tapi senang ja nak buat.

So, kita ada 3 scope.
1. Buat dough pizza
2. Buat sos pizza
3. Prepare topping pizza.

Bab topping ni ikut suka kita la nak apa. Yang kami selalu buat Super Supreme & Hawaiian Supreme (Tuna). Ni memang favourite family kami la.

Ingredients yang diperlukan

1. Dough Pizza (Untuk 4 biji Pizza)

  • Tepung Gandum 1kg ( Cap apa pun takpa, tapi kami selalu pakai tepung gandum Cap Lili)
  • Air Garam ( Satu sudu teh garam, bancuh dengan air)
  • Gula 2 sudu besar
  • Yeast (Mauripan 1 pack tu perabih semua masuk dalam tepung)
  • Minyak masak 
  • Air Masak

Cara membuat :  Dough Pizza

  • masukkan tepung gandum dalam bekas besaq yg cukup untuk adunkan dough.
  • mula masukkan gula lepas tu baru masukkan yeast gaul bagi semua sebati baru masukkan air garam.
  • after that sikit sikit masukkan air masak adun tepung sampai tepung tu tak melekat kat bekas dan comey gebu gebu macam pipi XD
  • kalau rasa tepung tu kering buh minyak.
  • kalau nak senang lagi bahagi sesiap tepung tu 2 bahagian then bahagi lagi dua dapatlah 4 dough pizza. (paham tak? tak paham tanya atiff)
  • lepas dah siap tu ambil kain putih yang basah tutup dough tu biar sampai dough tu naik besar 3 kali ganda.
2. Sos Pizza

  • Tomato puree tin kecil
  • bawang kuning / bawang holand dipotong dadu
  • bawang putih ditumbuk halus
  • cabai mesin (kalau nak pedas kalau tak mau tak payah bubuh pon tak pa) 
  • gula
  • garam
  • air nanas (air nanas ni dari nanas tin untuk topping pizza)
Cara membuat : Sos Pizza
  • Panaskan belanga, masukkan minyak 5 sudu besar dan 1 sudu batter tunggu sampai panas.
  • Dah panas masukkan bawang putih yang dah tumbuk tu sekali dengan bawang kuning atau holand yang dipotong dadu. Masak sampai naik bau bawang tu.
  • Lepas tu masukkan cabai mesin (yg ni kalau nak rasa pedas pedas)
  • Then masukkan satu tin tomato puree tu, garam 2 sudu kecil dan gula 2 sudu besaq.
  • Dengan segera masukkan air nanas. Biaq selama 5 hingga 10 minit sambil kacau jgn tinggal nanti hangit baru siap masak.

3. Topping Pizza

Semua bahan topping ni kena potong la ikut macam mana kita suka atau kretiviti sendiri
  • Sosej
  • Nanas tin yang macam ring bukan yang cube.
  • Cendawan butang tin.
  • Bawang Kuning/Holand
  • Paprika pelbagai kaler
  • Olive dalam nama melayu dia buah zaitun :3
  • mozarella yang 250g punya (kalau hang beli yang mcm batter tu hg potong la kecik kecik kalau nak senang beli la yang dah siap cincang)
  • cheese cheddar satu pack.
  • Tuna + mayonnaise (bahan ni tak penting pon, tak da pun tak pa)
Cara nak letak topping ni ikut suka sebenarnya tapi sebelum nak letak tu kena gelek dulu dough tu cucuk cucuk dough lepas gelek.

Lepas tu letak sos dia bagi rata atas dough yg dah gelek. Tabur mozarella dan cheese cheddar (koyak koyak cheese ni) baru letak semua bahan yang dilistkan diatas.

Panaskan oven 180 degree celcius masukkan pizza yg dah nampak rupa pizza dalam oven biar dia masak selama 20 minit tapi tengok tengok la juga kot kot pizza tu dah masak :)


Macam ni lah barang2/ingredients yang diperlukan setelah dipotong2 menjadi kecil


pizza ni teralik sikit so nampak hangit tapi sedap kalau makan hahahahaha so pengajarannya jangan sesekali ralik atau pi duk buat benda lain put all your effort while trying this good luck ;D

Selalunya bajet beli barang buat pizza ni kalau buat 4 biji lebih kurang RM 50 ++ tapi tak tau la kalau harga barang naik 


kami selalu buat pizza ni hentam kromo ja ikut hati dan perasaan sbb mcm tu kami selalu masak.
Tapi kalau nak tau lebih lanjut call la atiff atau komen kat bawah sbb takut tak paham bahasa rojak dan bahasa utaqa pakai banyak sangat.

Selamat Mencuba <3



OLD | NEW